Sunday 23 December 2012

IMAM AL GHAZALI

Assalamualaikum.

BIOGRAFI IMAM AL GHAZALI

Nama beliau ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali dan dilahirkan di

desa Ghazalah,di pinggir kota Tus, yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut 
negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, ibu kota wilayah Khorasan.Imam 
Al Ghazali dilahirkan pada tahun 450 hijrah(1058 masihi) dan wafat pada tahun 505 hijrah(1111masihi).Antar nama gelaran beliau ialah Syaraful A'immah, Zainuddin, 
Hujjatul Islam.

  Ayahnya bekerja menenun kain dari bulu biri-biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa 

dari desa Ghazālah ke kota Ţūs untuk dijual di sana. Walaupun si ayah adalah 
seorang lelaki yang miskin, dia juga merupakan seorang yang jujur dan baik hati. 
Dia suka bergaul dengan al-'ulamā' dan juga para sufi sambil memetik ilmu-ilmu 
agama, serta berbakti dan berkhidmat kepada mereka. Kerana selalu mendampingi 
orang-orang yang berilmu dan sering pula mendengar uraian-uraian daripada mereka,
si ayah telah merasa kesan positifnya, lalu berdoa agar dia dikurniakan seorang anak 

yang cerdik, berilmu dan juga şāliĥ. Doanya itu telah diperkenankan.

 Apabila imam Al Ghazali dilahirkan, beliau dinamakan Muhammad.Pada hari tuanya,

beliau bukan sahaja seorang yang soleh,malah beliau menjadi guru kepada golongan 
as-solihin dan telah dikenali umum sebagai Abu Hamid Al-Ghazali pada zamannya.

 
Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan 
menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif
dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.                                                                                                      

  Imam Al-Ghazali amat mencintai ilmu hingga menyebabkan beliau sanggup mengembara
dan merantau dari satu tempat ke satu tempat untuk menuntut ilmu dengan ulama-ulama 
yang hidup pada  zamannya.Semasa beliau berada di Baghdad,imam Al-Ghazali dilantik 
sebagai mahaguru universiti baghdad.

   Walaupun beliau menjadi mahaguru, beliau masih merasakan kekurangan ilmu yang 
dimilikinya lalu beliau meninggalkan jawatan tersebut dan beralih ke bidang tasawuf 
dengan merantau ke mekah al-mukaramah untuk menuntut ilmu dengan ahli -ahli sufi
yang terkenal di sana.
 
  Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau 
telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti 
mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, 
sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan 
menyerang kota Baghdad.Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul 
Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus 
Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan 
beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), 
Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan 
Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).
  
  Walaupun imam Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah  namun beliau tidak dianggap 
sebagai ahli falsafah.Malah,kebanyakan penulis menganggap imam al-ghazali seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah .Pandangan ini berdasarkan tulisan imam Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut,  imamAl-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa imam Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.
  Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.

 Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama.

 Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami.

 Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.

 Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh akan idea pemikiran falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan kesesatan dan syirik.

 Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.

 Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

No comments:

Post a Comment